Kilang plastik musnah terbakar

Sebuah kilang pembuatan plastik kitar semula di Jalan Perusahaan Bukit Minyak di sini musnah dalam kebakaran pada petang Ahad.
Sebuah kilang pembuatan plastik kitar semula di Jalan Perusahaan Bukit Minyak di sini musnah dalam kebakaran pada petang Ahad.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang pembuatan plastik kitar semula di Jalan Perusahaan Bukit Minyak di sini musnah dalam kebakaran pada petang, Ahad.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 6 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda bergegas ke tempat kejadian.

Menurutnya, kerja-kerja pemadaman api turut melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Perai, Batu Kawan, Kepala Batas dan Bayan Baru selain mendapat bantuan pasukan bomba sukarela.

"Setakat ini, usaha mengawal dan memadam api masih giat dijalankan. Kebakaran telah memusnahkan hampir 70 peratus struktur bangunan kilang terbabit.

"Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan: