X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

GDRN giat atur sukarelawan bantu mangsa banjir

Tengku Zafrul (dua kanan) giat melakukan kerja-kerja pembersihan di kawasan banjir Sungai Lui.
A
A

SHAH ALAM - Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) atau GDRN bukan sahaja telah mengumpul dana sebanyak RM58.44 juta bagi usaha pemulihan banjir malah mereka juga giat mengatur sukarelawan dan warga kerja masing-masing.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, GDRN memainkan peranan supaya tiada pertindihan barang keperluan yang disumbangkan kepada mangsa banjir.

Tengku Zafrul memberitahu, ramai yang menyumbangkan barang keperluan tetapi tidak diatur dengan baik menyebabkan ada lokasi berlaku lambakan dan tempat lain pula tidak menerima bantuan berkenaan.

“Selain itu, masalah utama yang dihadapi oleh mangsa ialah tiada air bersih untuk proses pembersihan.

“Terima kasih kepada Ranhill Sdn Bhd kerana sudi tampil menaja mesin memproses air bersih untuk penduduk Sungai Lui, Hulu Langat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, masih banyak yang perlu dilakukan kerana usaha pembersihan dan pembaikan kediaman mengambil masa dan memerlukan lebih ramai sukarelawan.

Jelas beliau, lebih cepat mereka dibantu, risiko wabak penyakit boleh dielakkan membina semula kehidupan.

“Selain dari bantuan tenaga kerja dan bekalan makanan serta barang keperluan, kerajaan turut memberi bantuan kewangan melalui Bantuan Wang Ihsan yang telah dinaikkan dari RM500 ke RM1,000 untuk setiap isi rumah seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bagi yang membantu apa jua bentuk, terima kasih di atas semangat #KeluargaMalaysia yang amat kita hargai dan perlukan buat masa ini,” ujarnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!