GPN Kelantan atasi peratusan nasional

Abdullah (tengah) berbangga dengan keputusan SPM tahun lalu.
Abdullah (tengah) berbangga dengan keputusan SPM tahun lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Kelantan menunjukkan peningkatan dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.84 sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.11 peratus.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Abdullah Mat berkata, ia meningkat berbanding 4.95 peratus pada 2017 lalu.

Menurutnya, ini merupakan pencapaian terbaik berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Kita juga berbangga apabila pencapaian calon dari 45 sekolah menunjukkan Gred Purata Sekolah (GPS) mengatasi peratusan GPN.

“Malah calon di 94 sekolah, menunjukkan peningkatan dengan GPS terbaik sebanyak 1.55 peratus,” katanya, selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM 2018 di Jabatan Pendidikan Negeri, pagi tadi.

Abdullah berkata, seramai tiga calon mendapat keputusan A+ manakala 262 calon memperoleh sekurang-kurangnya A- bagi kesemua mata pelajaran yang diambil.

Katanya, jumlah berkenaan mewakili 1.22 peratus keseluruhan calon sekolah kerajaan pada tahun lalu.

Menurutnya, ia berbanding 2017 dengan hanya seorang calon yang mendapat kesemua A+ dan 199 calon beroleh sekurang-kurangnya A- atau 0.86 peratus.

Artikel Berkaitan:

Ini katanya, menunjukkan peningkatan sebanyak 65 calon atau 0.36 peratus.

Pada tahun 2018, seramai 29,000 210 calon menduduki peperiksaan SPM melibatkan 279 pusat peperiksaan.