Mahrez ketuai misi pertahankan kejuaraan

Imbas kembali... Algeria ketika menjuarai Piala Negara-Negara Afrika edisi Mesir 2019 selepas menewaskan Senegal dalam perlawanan akhir.
Imbas kembali... Algeria ketika menjuarai Piala Negara-Negara Afrika edisi Mesir 2019 selepas menewaskan Senegal dalam perlawanan akhir.
A
A
A

RIYAD Mahrez mengetuai cabaran Algeria dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika di Cameroon bulan depan, apabila dinamakan jurulatih Djamel Belmadi mengemudi skuad 28 pemainnya.

Penyerang Manchester City itu adalah antara 15 pemain daripada skuad yang memenangi kejuaraan edisi 2019 untuk edisi 2021 yang menyaksikan Algeria bersaing dalam Kumpulan E bersama Equatorial Guinea, Ivory Coast dan Sierra Leone.

Untuk rekod, Algeria memulakan kempen menentang Sierra Leone di Douala, pada 11 Januari.

Skuad Algeria

Penjaga gol:

Rais Mbolhi (Al Ittifaq), Alexandre Oukidja (Metz), Moustapha Zeghba (Damak)

Pertahanan:

Youcef Atal (Nice), Abdelkader Bedrane (Esperance), Houcine Benayada (Etoile Sahel), Djamel Benlamri (Qatar SC), Ramy Bensebaini (Borussia Moenchengladbach), Ilyes Chetti (Esperance), Reda Halaimia (Beerschot), Aissa Mandi ( Villarreal), Mehdi Tahrat (Al Gharafa), Mohamed Amine Tougai (Esperance)

Artikel Berkaitan:

Tengah:

Haris Belkebla (Stade Brest), Sofiane Bendebka (Al Fateh), Ismael Bennacer (AC Milan), Yacine Brahimi (Al Rayyan), Sofiane Feghouli (Galatasaray), Adam Ounas (Napoli), Ramiz Zerrouki (Twente Enschede), Adem Zorgane (Charleroi)

Penyerang:

Mohamed El Amine Amoura (FC Lugano), Youcef Belaili (tidak terikat), Said Benrahma (West Ham United), Farid Boulaya (Metz), Baghdad Bounedjah (Al Sadd), Riyad Mahrez (Manchester City), Islam Slimani (Olympique Lyonnais )