Semua PPS di Jerantut, Raub, Lipis ditutup

Semua PPS di daerah Jerantut, Raub dan Lipis ditutup sepenuhnya selepas mangsa dibenarkan pulang secara berperingkat. - Gambar hiasan
Semua PPS di daerah Jerantut, Raub dan Lipis ditutup sepenuhnya selepas mangsa dibenarkan pulang secara berperingkat. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Jerantut, Raub dan Lipis ditutup sepenuhnya selepas mangsa dibenarkan pulang secara berperingkat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang, Kolonel Pertahanan Awam (PA) Che Adam A Rahman berkata, keadaan keadaan banjir di tiga daerah terbabit kini pulih sepenuhnya.

Susulan itu sehingga jam 8 malam, seramai 21,726 mangsa membabitkan 6,463 keluarga dari enam daerah.

"Daerah Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai iaitu 10,388 orang daripada 3,011 keluarga yang ditempatkan di 48 PPS, diikuti Bentong 3,692 orang daripada 1,327 keluarga di 17 PPS dan Kuantan 2,223 orang daripada 548 keluarga yang ditempatkan di 12 PPS.

"Mangsa di Bera pula 2,225 orang daripada 639 keluarga ditempatkan di 22 PPS, Pekan 1,700 orang daripada 547 keluarga ditempatkan di 21 PPS dan Maran 1,498 orang daripada 431 keluarga ditempatkan di 28 PPS," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Che Adam memaklumkan setakat ini, sebanyak 18 kes kematian dilaporkan di seluruh Pahang.

Katanya, daripada jumlah itu, sembilan kes dicatatkan di Bentong, empat di Temerloh dan masing-masing dua di Kuantan dan Raub serta satu lagi di Pekan.

Artikel Berkaitan: