Giliran aksi Everton-Burnley di Turf Moor ditangguh

Kes Covid-19 dan kecederaan pemain di Goodison Park memaksa pengendali Liga Perdana menerima permintaan Everton untuk penangguhan perlawanan Boxing Day menentang Burnley di Turf Moor.
Kes Covid-19 dan kecederaan pemain di Goodison Park memaksa pengendali Liga Perdana menerima permintaan Everton untuk penangguhan perlawanan Boxing Day menentang Burnley di Turf Moor.
A
A
A

KES Covid-19 dan kecederaan pemain di Goodison Park memaksa pengendali Liga Perdana menerima permintaan Everton untuk penangguhan perlawanan Boxing Day menentang Burnley di Turf Moor, kata pengendali Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Ia adalah perlawanan liga ke-13 yang dibatalkan kerana Covid-19 dan perlawanan Boxing Day ketiga ditangguhkan selepas Liverpool-Leeds United dan Wolverhampton Wanderers-Watford dibatalkan pada Khamis.

Pengurus Everton, Rafael Benitez sebelum ini menyifatkan permohonan The Toffees untuk menangguhkan perlawanan pada Ahad ditolak oleh Liga Perdana, sebagai sesuatu yang tidak adil setelah pelawat berdepan enam kecederaan dan lima pemain positif Covid-19.

“Lembaga Pengarah menyemak semula permintaan Everton hari ini untuk menangguhkan perlawanan berikutan kecederaan selanjutnya pada skuad The Toffees.

"Everton membuat kesimpulan bahawa The Toffees tidak akan dapat memenuhi perlawanan pada hujung minggu ini akibat jumlah pemain yang tidak mencukupi untuk bermain disebabkan kes dan kecederaan Covid-19,” kata Liga Perdana dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Burnley kini berada di tempat ke-18 dengan 11 mata selepas mengharungi 15 perlawanan manakala Everton di tempat ke-14 dengan 19 mata daripada 17 perlawanan.LIGA PERDANA INGGERIS

JADUAL PERLAWANAN

AHAD (26 DISEMBER)

Artikel Berkaitan:

Manchester City lwn Leicester City, 11 mlm

Norwich City lwn Arsenal, 11 mlm

Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace, 11 mlm

West Ham lwn Southampton, 11 mlm

ISNIN (27 DISEMBER)

Aston Villa lwn Chelsea, 1:30 pagi

Brighton lwn Brentford, 4 pagi

SELASA (28 DISEMBER)

Newcastle United lwn Manchester United, 4 pagi