Keputusan SPM Pahang catat peningkatan

Dr Tajuddin menunjukkan laporan keputusan SPM 2018 bagi negeri Pahang pada sidang medianya hari ini.
Dr Tajuddin menunjukkan laporan keputusan SPM 2018 bagi negeri Pahang pada sidang medianya hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.73 pencapaian lebih baik berbanding 4.77 pada tahun lalu.

Pengarah Pendidikan Pahang, Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, peningkatan itu dapat ditunjukkan dari segi kuantiti pencapaian yang diukur berasaskan Layak Mendapat Sijil (LMS).

“Kalau kita lihat peratusan LMS juga meningkat dari 86.9 peratus tahun 2014 kepada 88.34 peratus pada 2018.

“Seramai 15,686 atau 88.34 calon memperoleh LMS berbanding 87.37 peratus 2016 iaitu peningkatan 0.97 peratus,” katanya pada sidang media di Pejabat Pendidikan Pahang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, seramai 238 calon mendapat semua A dalam semua mata pelajaran yang diduduki termasuk 26 daripada 52 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi

“Manakala 26 mata pelajaran catat penurunan. Tiga mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan prestasi antaranya Sejarah dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) meningkat 0.43 peratus.

“Pendidikan Islam 0.07 peratus dan mata pelajaran Sains 0.01 peratus,” katanya.

Artikel Berkaitan: