Solat hajat di semua masjid, surau selepas solat Jumaat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor untuk melaksanakan solat hajat selepas mendirikan solat fardu Jumaat pada Jumaat. Gambar hiasan.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor untuk melaksanakan solat hajat selepas mendirikan solat fardu Jumaat pada Jumaat. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyeru semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor untuk melaksanakan solat hajat selepas mendirikan solat fardu Jumaat pada Jumaat.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, ia berikutan musibah banjir menimpa menimpa negeri berkenaan dan penularan virus Covid-19 yang masih belum berakhir.

Menurutnya, musibah banjir yang berlaku kali ini mengakibatkan kemusnahan harta benda, kemudahan awam dan meninggalkan trauma kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

"Sehubungan itu, semua pentadbir masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di Selangor diseru untuk melaksanakan solat hajat dan munajat selepas mendirikan solat fardu Jumaat hari ini.

"Usaha rohani ini untuk memohon pertolongan ALLAH SWT agar negeri dan negara ini terus dijauhkan daripada ancaman wabak dan musibah selain dipohon kepada ALLAH agar semua mangsa-mangsa banjir diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi bencana banjir ini," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: