Tujuh pelacur warga asing antara sembilan ditahan polis

Antara suspek yang ditahan dalam serbuan di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong pada Rabu.
Antara suspek yang ditahan dalam serbuan di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai tujuh wanita warga asing dipercayai pelacur ditahan bersama dua lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dua lelaki tersebut merupakan warga tempatan dipercayai bekerja sebagai penjaga premis.

Menurutnya, serbuan pertama dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3.30 petang manakala serbuan kedua sekitar jam 9.45 malam.

"Modus operandi kegiatan ini berselindung di sebalik pusat refleksologi dan pangsapuri persendirian. Mereka dipercayai beroperasi sejak sebulan lepas," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, pihaknya merampas wang tunai berjumlah RM900, kondom pelbagai jenama, minyak urut, dan minyak pelincir.

Katanya, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 41 tahun itu direman tiga hari bermula Rabu untuk membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran dan Seksyen 39B Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit pekerjaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan: