Jordan, Bahrain rakam simpati, takziah kepada Malaysia

Jordan anatar negara yang merakamkan ucapan takziah kepada Malaysia susulan bencana alam yang melanda hujung minggu lalu, menyebabkan kemusnahan harta benda selain kehilangan nyawa.
Jordan anatar negara yang merakamkan ucapan takziah kepada Malaysia susulan bencana alam yang melanda hujung minggu lalu, menyebabkan kemusnahan harta benda selain kehilangan nyawa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jordan dan Bahrain merakamkan ucapan takziah kepada Malaysia susulan bencana alam yang melanda hujung minggu lalu, menyebabkan kemusnahan harta benda selain kehilangan nyawa.

Jurucakap rasmi Kementerian Luar Jordan, Haitham Abu Al Foul dalam satu kenyataan turut menyatakan solidariti negaranya terhadap kerajaan dan rakyat Malaysia dalam menghadapi musibah banjir.

“Simpati dan takziah kepada kerajaan serta rakyat, terutamanya mereka yang terjejas akibat bencana alam ini,” katanya.

Dalam nada yang sama, Kementerian Luar Bahrain turut menyatakan simpati.

“Semoga urusan dipermudah dan tabah mengharungi dugaan,” menurut kenyataan yang disiarkan Agensi Berita Bahrain (BNA).

Malaysia dilanda banjir besar serta tanah runtuh di beberapa kawasan dan negeri akibat hujan lebat berterusan, meragut 37 nyawa setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: