Koordinasi antara agensi lambat beri bantuan: KPN

Acrly Sani
Acrly Sani
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengakui koordinasi pengurusan antara agensi berkaitan untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir agak lambat di Taman Sri Muda Seksyen 25 di sini pada Sabtu lalu.

Acryl Sani berkata, setiap agensi telah menggerakkan anggota dan aset selepas hari kedua banjir.

"Pada ketika itu, banjir berada dalam keadaan paras bahaya, kita dapati mangsa-mangsa banjir tinggal di rumah teres setingkat, dua tingkat dan pangsapuri.

"Kepadatan penduduk di Shah Alam berbeza dengan penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu serta daerah lain," katanya pada sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Taman Sri Muda Seksyen 25 pada Rabu.

Beliau berkata, urusan perpindahan di tempat lain mudah berbanding di Shah Alam.

"Kita menghadapi cabaran untuk kita mengeluarkan mangsa di kawasan ini. Pada peringkat awal, kita dilihat agak perlahan, namun kita telah meningkat keupayaan antara semua agensi untuk memastikan semua mangsa yang terjejas dapat diselamatkan dan mendapat bantuan makanan," katanya.

Artikel Berkaitan: