'Kerenah birokrasi sangat teruk'

SHAH ALAM - Kerajaan digesa mempermudah prosedur dan birokrasi permohonan bantuan kepada mangsa banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Pengguna Selangor dan Wilayah Persekutuan (SWPCA), Dr Saravanan Thambirajah berkata, keperluan dokumen seperti laporan polis dan gambar banjir sangat menyusahkan mangsa yang ketika ini bertungkus lumus membersihkan rumah mereka.
Katanya, kebanyakan mangsa juga didapati masih belum mengetahui kaedah sebenar mendapatkan bantuan daripada kerajaan dan pihak berkuasa.
“Memang menyusahkan pengguna atau orang ramai yang baru sahaja dilanda banjir untuk mengambil gambar sebagai bukti, kemudian perlu mencetak dokumen dan pergi kali kedua ke balai polis.