Banjir: Panjat tingkat atas rumah teres jumpa bayi comel
IPOH - Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.
Sarjan Awang Abdullah Sani Awang Alehan, 42, dari pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta, di sini berkata, beliau bersama tiga lagi anggota yang sedang menaiki bot menemui keluarga bayi berkenaan terkandas di tingkat atas sebuah rumah teres dua tingkat.
Katanya, bayi perempuan berusia empat bulan itu bersama ibu bapanya dan seorang lagi kanak-kanak, diselamatkan selepas mereka tidak dapat keluar apabila tingkat bawah rumah berkenaan dinaiki air paras pinggang.
"Petang itu saya memandu bot bersama tiga lagi anggota dan dua daripada kami terpaksa memanjat sengkup rumah tersebut sebelum membawa mereka keluar melalui tingkap, manakala saya dan seorang lagi anggota menyambut mangsa menaiki bot untuk dihantar ke tempat selamat," katanya ketika dihubungi Bernama.
Semalam, gambar Awang Abdullah Sani memegang bayi perempuan bertopi dan berpakaian serba merah tular serta dikongsikan di media sosia Facebook dan Instagram Polis Diraja Malaysia (PDRM), dengan rata-rata netizen melahirkan rasa syukur dan terharu bayi comel itu dapat diselamatkan.
Awang Abdullah Sani yang juga bapa kepada lima anak berkata, beliau antara 128 anggota dan pegawai PGA dari Perak iaitu Batalion 1, Batalion 2, Batalion 3, Batalion 6 dan Pusat Latihan PGA yang dikerahkan bersama bot ke Selangor bagi bantuan operasi menyelamat mangsa banjir sejak Ahad lepas.
Berkongsi lebih lanjut, Penolong Jurulatih Jasmani Pusat Latihan PGA Hulu Kinta yang sudah 21 tahun berkhidmat itu berkata operasi bantuan tersebut disifatkan amat bermakna bagi pasukannya kerana dapat membantu ramai mangsa walaupun kepenatan.
"Sejak dari Ahad lagi kami sibuk dengan kerja-kerja menyelamat dan sanggup tidak tidur demi menyelamatkan mangsa banjir. Saya hanya sempat tidur dua jam pada hari ketiga (semalam), malah gambar yang tular itupun saya ketahui melalui orang lain," katanya.
Menurutnya, beliau terkejut apabila dimaklumkan bahawa gambar itu turut dimuat naik di Facebook dan Instagram PDRM sehingga meraih pelbagai komen warganet. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Malu, tapi anak-anak lebih penting'
07 September 2026 09:50amHebat di jalan raya bukan siapa paling laju, tetapi paling bertanggungjawab – Ab Rauf
06 September 2026 09:47pm27 hektar kawasan hutan, gambut terbakar di Pengerang
06 September 2026 09:27pmPengangguran Melaka hanya 1.6 peratus, terendah dalam negara
06 September 2026 09:08pmEnam termasuk empat sekeluarga, dua malim gunung dikhuatiri hilang di hutan
06 September 2026 06:54pmKonon mahu balik kampung, isteri orang dicekup khalwat dengan kekasih
06 September 2026 03:48pmLelaki terlibat kes dadah maut ditembak
06 September 2026 06:21pmSuami tetak isteri kerana televisyen dipasang kuat
06 September 2026 12:54pm- Iklan -- Iklan -
