Kereta remuk dihempap pokok tumbang berusia ratusan tahun

Sebuah Perodua Axia remuk dihempap sebatang pokok berusia ratusan tahun berhampiran Hotel Royal Chulan, Bukit Bintang di Kuala Lumpur.
Sebuah Perodua Axia remuk dihempap sebatang pokok berusia ratusan tahun berhampiran Hotel Royal Chulan, Bukit Bintang di Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Perodua Axia yang diparkir di tepi jalan berhampiran Hotel Royal Chulan, Bukit Bintang di sini remuk akibat dihempap sebatang pokok tumbang susulan hujan dan angin kencang pada Rabu.

Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anwar Mohd Zain berkata, pokok yang dipercayai berusia ratusan tahun itu tumbang sekitar jam 6 pagi.

Menurutnya sebanyak tiga pasukan kecemasan membabitkan 15 anggota dan pegawai DBKL dikerahkan ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan dan menjalankan kerja-kerja pembersihan.

"Jam 7 pagi tadi kita sudah memulakan kerja-kerja pembersihan dan dijangka siap pada jam 6 petang hari ini. Kita juga terima empat aduan pokok tumbang hari ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Beliau berkata, pemilik kenderaan tersebut boleh membuat tuntutan insurans kepada DBKL.

Selain itu katanya, jalan alternatif turut dibuka kepada pengguna yang melalui kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: