Sekurang- kurangnya 10 maut susulan runtuhan sekolah di Lagos

Pasukan penyelamat dan orang ramai menyertai operasi menyelamat susulan runtuhan sekolah di Lagos. - Foto Reuters
Pasukan penyelamat dan orang ramai menyertai operasi menyelamat susulan runtuhan sekolah di Lagos. - Foto Reuters
A
A
A

LAGOS - NIGERIA. Sekurang-kurangnya 10 maut manakala ramai lagi dikhuatiri terperangkap susulan runtuhan sekolah di Lagos, semalam.

Sekolah terbabit yang terletak di tingkat atas sebuah bangunan empat tingkat di Ita Fiji, Pulau Lagos mempunyai lebih 100 pelajar.

Menurut pihak berkuasa, dalam kejadian kira - kira jam 10 pagi waktu tempatan itu, sejumlah 40 pelajar berjaya ditarik keluar daripada runtuhan terbabit.

Bangunan tersebut merupakan blok kediaman yang menempatkan apartmen dan sekolah, dan menurut Agensi Kawalan Bangunan, ia termasuk dalam senarai bangunan untuk dimusnahkan.

Sementara itu, pasukan kecemasan berjaya menyelamatkan beberapa pelajar cedera daripada runtuhan, namun ramai ibu bapa masih gagal menemui anak masing-masing.

Runtuhan bangunan sering terjadi di Nigeria akibat penggunaan bahan pembinaan yang kurang bermutu dan kurangnya penyeliaan. - BBC

Artikel Berkaitan: