Terperangkap dalam lif, pelajar sempat buat 'homework'

 Anggota bomba berusaha menyelamatkan Sun Yixiao. (Gamabr kecil: Sun Yixiao)
Anggota bomba berusaha menyelamatkan Sun Yixiao. (Gamabr kecil: Sun Yixiao)
A
A
A

CHINA - Tindakan seorang pelajar yang sempat membuat kerja sekolahnya ketika terperangkap di dalam lif mendapat reaksi luar biasa dari orang ramai.

Ini kerana kebiasaannya, jika seseorang terperangkap di dalam lif yang terhenti, kita akan menjerit atau menangis kerana panik.

Portal Cocomy melaporkan, Sun Yixiao terperangkap di dalam lif yang terhenti secara tiba-tiba.

Dia segera menekan semua butang lif untuk mengelakkan lif itu terjatuh seperti pesanan ibunya sebelum ini.

Yixiao juga menekan butang kecemasan untuk meminta bantuan namun tiada siapa yang menjawab panggilannya.

Pelajar itu berusaha membuka pintu lif namun tidak berhasil dan meninggalkan nota," ada orang terperangkap dalam lif, tolong saya dapatkan bantuan".

Dia terpaksa menunggu dalam lif selama lima jam sebelum bantuan tiba.

Biarpun berhadapan dengan situasi mencemaskan, Yixiao tetap tenang dengan menyiapkan semua kerja sekolahnya di bawah cahaya lampu lif yang menyala.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun penantian selama lima jam berakhir apabila dia diselamatkan oleh anggota bomba.

Menurut ibunya, dia berasa bimbang apabila Yixiao tidak pulang ke rumah dan menghubungi pihak sekolah.

"Polis mencari anak saya, akhirnya mendapat tahu anak saya terperangkap dalam lif," katanya.

Selepas peristiwa itu, Yixiao dikenali sebagai seorang pelajar yang berani kerana begitu tenang ketika berhadapan dengan situasi cemas dan panik.