Pusat pelancongan di sungai Pekan Nilai

Arul (tengah) bersama sebahagian masyarakat dan YDP Majlis Perbandaran Nilai, Datuk Zazali semasa melakukan tinjuan sungai di Pekan Nilai, semalam.
Arul (tengah) bersama sebahagian masyarakat dan YDP Majlis Perbandaran Nilai, Datuk Zazali semasa melakukan tinjuan sungai di Pekan Nilai, semalam.
A
A
A

NILAI - Sungai di Pekan Nilai akan dijadikan salah satu pusat pelancongan di daerah ini.

Adun Nilai, J Arul Kumar berkata, sungai sepanjang 100 meter itu, sudah melalui proses menaiktaraf berjumlah hampir RM1 juta dan kerja-kerja mencantikkan serta mengindahkan sekitar kawasan tersebut kini giat dijalankan.

Katanya, kerja-kerja keceriaan di sungai Pekan Nilai, khususnya sungai yang berada dalam kawasan perumahan, terus dilaksanakan, sehingga kawasan itu menjadi sebagai salah satu tempat tumpuan orang ramai jika datang ke Nilai.

“Belakang bangunan yang berada di tepi sungai ini akan dihiaskan dan dicantikkan lagi dengan pencahayaan dan lukisan mural yang melambangkan identiti Negeri Sembilan.

“Selain itu, kita juga akan memastikan keadaan air sungai di situ sentiasa bersih dan tidak dicemari dengan apa jua sampah-sarap, kerana itu akan menganggu serta boleh menjejaskan kebersihan sungai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Pencahayaan yang dibuat berjaya menaikkan suasana menarik di sungai Pekan Nilai.
Pencahayaan yang dibuat berjaya menaikkan suasana menarik di sungai Pekan Nilai.

Jelasnya, bagi menarik tumpuan orang ramai, beliau mencadangkan agar pihak yang berkaitan menganjurkan penjualan ‘food truck’ di sepanjang sungai tersebut.

Katanya, cara itu secara tidak langsung dapat mempromosikan lagi Nilai dan juga membantu meningkatkan peluang pekerjaan peniaga kecil di sini.

Artikel Berkaitan:

“Kita akan banyak lagi program yang akan dilakukan, melalui program local agenda 21, pelbagai perancangan sedang disusun untuk menaikkan Nilai dan juga negeri ini dengan lebih efektif,”katanya.

Arul yang juga merupakan Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri itu berkata, masyarakat dinasihatkan supaya bersama-sama menjaga kebersihan sungai, dengan memastikan tiada sebarang pencemaran berlaku, demi menjadikan sungai di Pekan Nilai ini sebagai salah satu pusat pelancongan popular bagi masyarakat luar.