Tebing runtuh, dua jalan di Hulu Langat ditutup sementara

Keadaan jalan yang mendap menyebabkan jalan Batu 17, Jalan Industri Hulu Langat dan Jalan Sungai Lui untuk kerja baik pulih.
Keadaan jalan yang mendap menyebabkan jalan Batu 17, Jalan Industri Hulu Langat dan Jalan Sungai Lui untuk kerja baik pulih.
A
A
A

HULU LANGAT - Jabatan Kerja Raya (JKR) mengeluarkan notis penutupan jalan di Batu 17, Jalan Industri Hulu Langat dan Jalan Sungai Lui yang tidak selamat dilalui terutama kenderaan berat kerana berlaku pergerakan tanah di tebing sungai berkenaan pada Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah (JPBD) Hulu Langat, Dr Ani Ahmad berkata, pihaknya telah memohon kerjasama polis untuk mengawal kenderaan luar yang menghantar bantuan.

"Penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) terlalu ramai mendesak untuk masuk ke lokasi bencana bagi menghulur bantuan.

"Kadar pergerakan kenderaan yang tinggi boleh memungkinkan kegagalan tebing dan menyebabkan jalan terputus hubungan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, JKR dalam proses membaik pulih jalan berkenaan dan mengambil masa antara satu hingga dua minggu bergantung kepada peruntukan bencana.

Artikel Berkaitan: