Warga emas cedera ditimbus tanah runtuh

Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah Kampung Sungai Penchala di sini pada Sabtu.
Anggota Bomba dan Penyelamat berjaya mengeluarkan mangsa dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah Kampung Sungai Penchala di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang wanita warga emas cedera akibat ditimbus tanah runtuh di Jalan Pelimbayan Indah Kampung Sungai Penchala di sini, pada Sabtu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Khairul Azuwan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.22 pagi.

"Seramai 15 anggota dan dua pegawai serta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail dan Sri Hartamas dikerah ke tempat kejadian," katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Khairul Azuwan berkata, setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh menghempap empat buah rumah.

"Seorang wanita berusia 70an tertimbus hingga paras pinggang. Kami berjaya mengeluarkan mangsa. Dia cedera di bahagian kaki dan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya

"Kami menjalankan pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan tiada lagi sebarang bahaya. Lokasi kejadian ditutup atas faktor keselamatan," katanya.

Artikel Berkaitan: