‘Banjir paling buruk sejak 1994’

Suasana banjir di Kampung Sri Aman Dalam.
Suasana banjir di Kampung Sri Aman Dalam.
A
A
A

SHAH ALAM - Banjir di Kampung Sri Aman Dalam, Puchong, kali ini merupakan tragedi paling buruk sejak 1994.

Pengarang Sinar Harian (Lifestyle), Meen Tahrin, 45 berkongsi kesukaran berhadapan banjir apabila beberapa jiran beliau menumpang di rumahnya sebelum mereka dipindahkan ke Masjid Kampung Sri Aman.

Tambahnya, jika rumahnya dinaiki air menunjukkan kawasan kejiranan penduduk sekitar hanya tinggal bumbung sahaja.

Meen Tahrin
Meen Tahrin

“Memandangkan rumah saya paling tinggi, kebanyakan jiran yang berdekatan menumpang tidur di sini. Sejak malam tadi kami sudah bergelap kerana elektrik di seluruh kampung ditutup,” katanya.

Menurut Meen, beliau dikejutkan kira-kira jam 4 pagi dan dimaklumkan air sudah naik depan rumahnya.

Air di kejiranan sekitar sudah hampir ke bumbung. Jadi kami segera berpindah ke Masjid Kampung Sri Aman dengan bantuan bot penduduk kampung,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Keadaan Masjid Kampung Sri Aman selepas dinaiki air.
Keadaan Masjid Kampung Sri Aman selepas dinaiki air.

Meen memberitahu, selepas subuh air naik mendadak dan mereka terpaksa berpindah di tingkat atas masjid.

“Semua berkumpul di situ kerana pihak masjid ada mengumumkan masjid dibuka untuk semua penduduk yang terjejas tetapi kami masih menunggu bantuan dan stok makanan kerana sudah berkurangan,” ujarnya.

Suasana banjir di Kampung Sri Aman Dalam
Suasana banjir di Kampung Sri Aman Dalam

Tambah Meen, masih ada yang memerlukan bantuan untuk keluar dari masjid tersebut supaya dapat pergi ke tempat yang lebih selamat kerana air semakin naik.

Meen bagaimanapun bersyukur kerana beliau bersama keluarga juga sudah berpindah ke rumah ibunya di Putra Perdana, Puchong dengan bantuan bomba dan penduduk setempat.

Pasukan bomba dan penyelamat menyelamat di kawasan Masjid untuk dihantar ke lokasi yang lebih selamat
Pasukan bomba dan penyelamat menyelamat di kawasan Masjid untuk dihantar ke lokasi yang lebih selamat

“Malam ini dijangka masjid akan menutup bekalan elektrik. Bantuan dan makanan pun sudah berkurangan.

“Bagaimanapun anggota bomba tiba tengah hari tadi untuk operasi menyelamat. Ada juga yang terpaksa keluar daripada masjid kerana bekalan elektrik terpaksa ditutup dan masih ramai kanan-kanak, orang tua, ibu mengandung dan orang sakit di dalam masjid itu,” katanya.