Tujuh kawasan sekitar Muallim dinaiki air

Kelihatan rumah di daerah Muallim dinaiki air ekoran keadaan hujan berterusan sejak Jumaat. Foto: ihsan polis.
Kelihatan rumah di daerah Muallim dinaiki air ekoran keadaan hujan berterusan sejak Jumaat. Foto: ihsan polis.
A
A
A

TANJUNG MALIM - Sebanyak tujuh kawasan di daerah Muallim dinaiki air selepas hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kawasan terlibat ialah Kampung Kuala Slim, Kampung Balun, Pekan Behrang Stesen, Jalan Behrang - Selisek, Jalan Sungai Lembing, Kampung Rasau dan KM89 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (arah utara).

Bagaimanapun, tiada penduduk yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat ini.

"Seramai 54 pegawai dan anggota polis melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan banjir.

"Pemantauan dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM), Bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Sukarelawan (Rela)," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Papan tanda diletakkan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya. Foto: ihsan polis.
Papan tanda diletakkan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya. Foto: ihsan polis.

Sulizmie Affendy turut memaklumkan, keadaan banjir di daerah ini terkawal dan pasukannya bersiap siaga memantau keadaan terkini.

Beliau turut menasihatkan penduduk supaya tidak cemas serta mengutamakan keselamatan diri.

Artikel Berkaitan:

"Orang awam diingatkan lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan semasa sekiranya hujan lebat selain sentiasa mengikut nasihat pihak berkuasa.

"Polis juga akan meningkatkan rondaan dan kawalan di kawasan yang terlibat banjir bagi memastikan tiada kecurian atau kemalangan jiwa," katanya.