Gambar pencemaran tiada kaitan Sungai Kim Kim

Gambar yang tular didapati gambar lama.
Gambar yang tular didapati gambar lama.
A
A
A

PASIR GUDANG - Beberapa keping gambar yang dikongsi sebuah portal media sosial mengenai gambaran sebenar pencemaran bahan kimia di Sungai Kim Kim, di sini, hari ini dilaporkan adalah tidak benar.

Perkara itu disahkan Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal yang turut memaklumkan gambar tersebut adalah gambar lama.

“Kes ini dah lama (merujuk gambar tersebut),” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Gambar yang tular didapati gambar lama.
Gambar yang tular didapati gambar lama.

Sementara itu, Sahruddin juga memaklumkan gambar yang tular itu juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian pencemaran di Sungai Kim Kim.

Ia berdasarkan jawapan ‘ya’ diberikannya selepas ditanya adakah gambar tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kejadian yang sedang berlaku kini.