Nahas Lebuhraya Elite: PM ucap takziah

Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Lebuhraya ELITE, Shah Alam semalam.

Menerusi catatan di akaun Facebook pada Sabtu beliau berkata, perkhabaran itu diterima dengan rasa sedih dan pilu.

“Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya doakan mereka tabah menghadapi kehilangan ini. Saya doakan agar roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh golongan beriman dan beramal soleh,” katanya.

Perdana Menteri turut mengajak Keluarga Malaysia bersama-sama sedekahkan al-Fatihah buat mangsa yang terkorban dan menyeru kepada pengguna jalan raya agar memandu dengan berhati-hati ketika menghadapi cuaca yang tidak menentu.

“Pandu dengan selamat, ingatlah orang yang tersayang dan ahli keluarga kita yang menunggu kepulangan kita,” katanya.

Dalam kejadian malam tadi 10 individu maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan sebuah treler di kawasan Rehat & Rawat USJ Lebuhraya ELITE menghala Shah Alam.

Mangsa yang meninggal dunia membabitkan sembilan orang sekeluarga iaitu ibu serta lapan anaknya dan seorang lelaki yang merupakan mekanik. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 10 maut kemalangan babit tiga kereta, sebuah treler

Artikel Berkaitan: