Aksi Leicester City, Tottenham Hotspur ditangguhkan

Stadium King Power - Foto AFP
Stadium King Power - Foto AFP
A
A
A

PENTADBIR Liga Perdana mengumumkan bahawa perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City menentang Tottenham Hotspur di Stadium King Power ditangguhkan berikutan peningkatan kes Covid-19 di Leicester.

Pengurus Leicester, Brendan Rodgers berkata, permintaan kelab untuk menangguhkan perlawanan berikutan peningkatan kes Covid-19 dalam skuad utama The Foxes telah dinafikan sebelum ini, tetapi lebih ramai pemain dan kakitangan diuji positif pada Khamis, yang menyebabkan liga tiada pilihan.

"Berdasarkan maklumat baharu itu, Leicester memohon pagi ini supaya perlawanan itu dibatalkan kerana wabak berterusan dalam skuad, yang menyebabkan lebih ramai pemain dan kakitangan diuji positif Covid-19 hari ini.

“Ini menyebabkan kelab kekurangan jumlah pemain yang tersedia untuk memenuhi permainan.

"Susulan rundingan dengan Liga Perdana dan Agensi Keselamatan Kesihatan UK, tempat latihan pasukan utama kelab itu ditutup pagi ini untuk membantu membendung wabak itu," kata liga itu dalam satu kenyataan.

Ini adalah perlawanan ketiga Tottenham yang ditangguhkan akibat Covid-19 selepas perlawanan Liga Konferens Europa menentang Stede Rennes minggu lalu dan perlawanan liga menentang Brighton & Hove Albion pada hujung minggu.

Tottenham sebelum ini mempunyai perlawanan menentang Burnley tetapi ditangguhkan akibat salji lebat, yang bermakna kelab London itu kini mempunyai tiga perlawanan liga di tengah-tengah jadual padat yang menyaksikan perlu bersedia untuk bermain lima kali semua pertandingan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Artikel Berkaitan: