'Harap Syafiq dipinjamkan ke KDA FC' - Khamal Idris

Syafiq (kiri) kini bersama skuad kebangsaan mengharungi Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura. - Foto Johor Southern Tigers
Syafiq (kiri) kini bersama skuad kebangsaan mengharungi Piala AFF Suzuki 2020 di Singapura. - Foto Johor Southern Tigers
A
A
A

PENYERANG Harimau Malaya, Syafiq Ahmad menyatakan hasrat untuk kembali bergabung dengan skuad Hijau Kuning pada musim 2022 dan kini hanya menunggu persetujuan daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman (KDA) FC, Khamal Idris Ali berkata, pihaknya bersedia menerima pemain tersebut selepas JDT mengumumkan Syafiq antara pemain yang akan dipinjamkan kepada pasukan yang beraksi di pentas Piala AFC musim hadapan.

Menurutnya, kehadiran Syafiq mampu memberikan nilai tambah kepada jentera serangan pasukannya setelah pasukan kehilangan dua penggempur import sensasi, Kpah Sherman dan Tcheche Kipre.

"Syafiq ada menyuarakan hasrat untuk kembali ke Darul Aman dan KDA FC juga berminat untuk mendapatkan khidmatnya.