i-Suri bakal beri manfaat 324 peserta eKasih DUN Kuala Semantan

Nor Azmi(tiga, kanan) bersama cek sumbangan untuk caruman bagi skim i-Suri KWSP untuk 324 peserta eKasih DUN Kuala Semantan.
Nor Azmi(tiga, kanan) bersama cek sumbangan untuk caruman bagi skim i-Suri KWSP untuk 324 peserta eKasih DUN Kuala Semantan.
A
A
A

TEMERLOH - Seramai 324 individu terdiri daripada suri rumah dan ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan di sini bakal mendapat manfaat menerusi skim Caruman Sukarela Insentif Suri (i-Suri) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Tahan, Datuk Nor Azmi Mat Ludin yang menyumbangkan caruman sebanyak RM10 seorang untuk skim tersebut.

Nor Azmi memberitahu, ia sebagai perintis selain menggalakkan golongan itu mencarum dalam skim berkenaan.

"Saya telah bersetuju untuk memberi sumbangan caruman kepada 324 orang peserta eKasih dalam DUN Kuala Semantan yang mana sumbangan ini membolehkan mereka menerima manfaat i-Suri.

"Saya harap ia sebagai galakan kepada mereka untuk terus mencarum selepas ini," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau berkata sedemikian selepas pertemuan bersama wakil KWSP Temerloh dan Kuantan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN tersebut.

Ujarnya, satu langkah susulan akan dilakukan dalam kalangan mereka selepas ini untuk memastikan ia berjalan lancar seperti dirancang.

Skim i-Suri mula diperkenalkan pada tahun 2018 yang turut menawarkan faedah sama seperti KWSP iaitu dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran simpanan, faedah hilang upaya dan manfaat kematian dengan sumbangan minimum sebanyak RM5 sebulan.

Artikel Berkaitan: