Hujan berterusan, dijangka berlaku limpahan air Sungai Kelantan

Susulan amaran cuaca waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 15 Disember, banjir dan limpahan air dijangka boleh berlaku pada 17 Disember ini. - Foto Bernama
Susulan amaran cuaca waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 15 Disember, banjir dan limpahan air dijangka boleh berlaku pada 17 Disember ini. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Susulan amaran cuaca waspada oleh Jabatan Meteorologi Malaysia pada 15 Disember, banjir dan limpahan air dijangka boleh berlaku pada 17 Disember ini di beberapa sungai utama sekiranya hujan lebat berpanjangan turun di Lembangan Sungai Kelantan.

Pusat Ramalan Dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam satu kenyataan memberitahu, antara sungai yang terlibat ialah Sungai Galas dan Sungai Lebir di Kuala Krai melibatkan Kampung Dabong, Kampung Manek Urai, Kampung Mesek, Kampung Gajah dan sekitarnya.

Dalam kenyataan yang sama, Sungai Pergau di Jeli juga dijangka mengalami banjir yang sama melibatkan kampung Lawar dan sekitarnya dan keadaan berkenaan dijangka bermula jam 12 tengah malam sehingga jam 4 pagi.

Sementara itu, pada 17 Disember juga dijangka berlakunya limpahan air antara jam 8 pagi hingga 10 pagi di dua lembangan Sungai Kelantan di Kuala Krai iaitu Sungai Nal, Sungai Durian dan Sungai Pahi.

Antara kampung yang terkesan ialah Kampung Bedal, Bukit Sireh, Taman Warisan, Kampung Kuala Pertang, Kampung Ngagoh, Kampung Pahi, Kampung Aur Duri, Kampung Guchil, Kampung Jirat, Kampung Gatal, Kampung Bukit Mengkebang, Keroh, Batu Jong dan sekitarnya.

Semua penduduk yang berada di kawasan berkenaan diminta berwaspada dengan keadaan semasa dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada agensi dan media melalui publicinfobanjir.water.gov.my atau laman sesawang rasmi JPS.

Artikel Berkaitan: