Arsenal mampu menang tanpa aura Aubameyang

Gabriel Martinelli antara pencetak gol Arsenal.
Gabriel Martinelli antara pencetak gol Arsenal.
A
A
A

ARSENAL membuktikan kelab London itu lebih besar daripada individu apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas West Ham United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Jaringan Gabriel Martinelli (48') dan Emile Smith Rowe (87') juga menterjemahkan bahawa kesatuan dalam Keluarga Arsenal tetap mantap biarpun tanpa kelibat penyerang sensasi Pierre-Emerick Aubameyang yang digantung berikutan masalah disiplin pemain Gabon tersebut.

Tiga mata diraih The Gunners kendalian Mikel Arteta yang mencipta sejarah tewas tiga aksi pembukaan EPL buat pertama kali dalam tempoh 67 tahun meletakkan kelab itu dalam kelompok empat terbaik dengan 29 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Pada perlawanan itu juga menyaksikan The Hammers kendalian David Moyes terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Vladimir Coufal dilayangkan kad merah pada minit ke-67 selepas menerima kad kuning kedua setelah mengasari Alexandre Lacazette.

Biarpun begitu Lacazette yang berstatus kapten The Gunners diamanahkan mengambil sepakan penalti tersebut gagal menterjemahkan sepakan berkenaan dalam bentuk jaringan.


KEPUTUSAN


Arsenal 2-0 West Ham

Gabriel Martinelli (48')

Artikel Berkaitan:

Smith Rowe (87')

Brighton 0-1 Wolves

Saïss (46')

Crystal Palace 2-2 Southampton

Zaha (2')

Ward-Prowse (32')

Broja (36')

Ayew (65')