Pape Diakite benteng baharu skuad Penyu

Pape Diakite
Pape Diakite
A
A
A

BENTENG pertahanan skuad Penyu musim 2022 bakal diperkuatkan dengan kehadiran pemain kelahiran Senegal, Pape Diakite.

Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd, Ab Rasid Jusoh berkata pemain berusia 28 tahun itu telah menandatangani kontrak selama setahun dengan pasukan Terengganu FC (TFC) bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Beliau berkata pengalaman luas pemain ketinggian 1.94 meter dalam liga utama Vietnam ketika menyertai pasukan Ho Chi Min City dan Saigon FC menjadi faktor pemain itu dipilih menyertai skuad Penyu.

"Kehadiran beliau (Pape Diakite) akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas kapten, Carli De Murga yang tidak disambung kontrak.

"Kehadirannya diharap mampu memberi impak besar kepada pasukan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Skuad Penyu sebelum ini turut menandatangani kontrak selama setahun dengan bekas penyerang Kedah Darul Aman FC, Kpah Sherman yang dilihat akan mengetuai jentera serangan.

Artikel Berkaitan: