Tiada pergolakan, gangguan menjurus pertukaran kerajaan: Pas

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
A
A
A

YAN - Pas menafikan berlaku pergolakan dalam pentadbiran kerajaan sebaliknya memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memerintah sehingga tamat penggal.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini, tiada gangguan mahupun pergolakan sehingga boleh menyebabkan berlaku pertukaran pentadbiran kerajaan.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut menjelaskan, ketika ini, bukan waktu yang sesuai untuk berbicara mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada proses memulihkan ekonomi dan krisis kesihatan yang berlaku.

"Gangguan tiada, tak ada ribut cuma kita melihat di waktu ini bukan waktu sesuai untuk bicara soal PRU15, rakyat masih perlu pembangunan ekonomi dan aspirasi 100 hari baru sahaja diumumkan oleh Perdana Menteri dan Covid-19 masih belum selesai.

"Atas sebab itu Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia (BBC) buat keputusan untuk menyatakan dukungan sehingga tamat penggal kepada Perdana Menteri yang ada, saya fikir itu terbaik kerana perlu untuk kita sampai ke tahap itu (mencapai tahap pemulihan) Insya-ALLAH," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Projek Empangan Sabo kepada kontraktor di Titi Hayun, Yan pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri perlu jadi PM sehingga 2023: Kelab Penyokong Kerajaan

Sebelum ini, Kelab Penyokong Kerajaan Keluarga Malaysia menyatakan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu diberi ruang sehingga tamat penggal pada 2023 untuk terus menerajui pentadbiran negara.

Artikel Berkaitan: