[VIDEO] Rasuah: Penolong Pegawai Kesihatan lari elak wajah dirakam

Ganesh yang berpakaian serba hitam menutup mukanya dengan kertas sebaik keluar dari pintu kamar mahkamah bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar.
Ganesh yang berpakaian serba hitam menutup mukanya dengan kertas sebaik keluar dari pintu kamar mahkamah bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang Penolong Pegawai Kesihatan yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban atas pertuduhan rasuah pada Rabu melarikan diri sebaik keluar dari pintu kamar mahkamah bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar.

N Ganesh, 33, yang bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed atas pertuduhan menerima rasuah RM1,400 empat tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di bahagian Unit Inspektorat dan Pendakwaan PKD Seremban telah bersetuju menerima tanpa balasan wang tunai RM1,400 daripada seorang pemilik sebuah restoran.

Perbuatan itu dilakukan pada Disember 2017, lebih kurang jam 11 pagi berhampiran Restoran Kassim Dua Puluh Dua Puluh di Seremban.

Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan RM10,000 dan mohon syarat tambahan perlu melapor diri di Pejabat SPRM sekali setiap bulan sehingga kes selesai.

Peguam mewakili tertuduh merayu agar anak guamnya yang merupakan pemegang biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dikenakan jaminan tidak melebihi RM5,000 atas alasan dia penjawat awam, tidak mempunyai kesalahan lampau serta mempunyai enam tanggungan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM7,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Seremban setiap bulan dan sebutan semula kes 17 Januari tahun depan.

Artikel Berkaitan: