Kelebihan tunai solat Asar dan Subuh

No Image Caption
A
A
A

"Waktu Asar sudah masuk, tapi kejap lagi, pukul 5.30 petang sudah nak balik kerja. Aku siapkan dulu kerja ini, lepas itu terus balik rumah. Rasanya sempat lagi kalau nak solat di rumah ni."

Itu kata-kata yang sering kita dengar dalam kalangan orang sekeliling kita bukan?

Pun demikian, jika bernasib baik, dapatlah solat Asar di rumah walaupun pada hujung-hujung waktu.

Namun jika terkandas di jalan raya akibat kesesakan lalu lintas, macam mana?

Sebaik-baiknya ubahlah tabiat itu.

Jika anda tahu kelebihan solat Asar, pasti anda akan tinggalkan terus sikap sebegini.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak masuk neraka seseorang yang sembahyang sebelum terbit matahari dan juga sebelum terbenamnya, iaitu sembahyang Subuh dan sembahyang Asar." (Riwayat Muslim)

Menerusi hadis ini, jelas menunjukkan bahawa antara amalan yang dapat menjamin seseorang masuk syurga adalah dengan mendirikan semua solat fardu lima waktu.

Artikel Berkaitan:

Lebih-lebih lagi jika mereka dapat mendirikan solat Subuh dan Asar dengan sempurna.

Kenapa kelebihan terletak pada kedua-dua solat ini? Ini kerana kedua-dua waktu solat ini paling sukar dilakukan.

Waktu Subuh orang masih ramai yang tidur, manakala waktu Asar pula leka bekerja.

Jika dua waktu ini dapat dijaga, maka menjaga solat yang lainnya lebih mudah.

Setiap amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang hendaklah dengan niat yang ikhlas.

Semoga ALLAH SWT akan membalasnya dengan pahala dan syurga.

(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)