MR. TOY buka cawangan ke-50

MR. TOY yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.
MR. TOY yang terletak di IOI City Mall Putrajaya.
A
A
A

SHAH ALAM – Rangkaian kedai mainan, MR. TOY yang merupakan subsidiari MR D.I.Y. Group (MR D.I.Y.) telah membuka cawangan terbarunya di IOI City Mall, Putrajaya sekali gus menjadikan jumlah cawangan MR TOY sebanyak 50 di seluruh negara.

Sempena pembukaan cawangan ke-50 tersebut, semua cawangan MR. TOY di seluruh negara menawarkan pelbagai promosi menarik sepanjang Disember antaranya pemberian diskaun sehingga 30 peratus melibatkan beberapa barangan terpilih.

Naib Presiden Pemasaran, MR D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, MR. TOY menyediakan akses yang mudah kepada mainan berunsur pendidikan yang selamat dan menarik untuk ibu bapa, kanak-kanak dan peminat mainan di Malaysia dengan harga yang berpatutan.

“Kami melancarkan cawangan pertama kami di Rawang pada bulan Mei 2019. Dalam tempoh dua tahun, kami telah berjaya membuka cawangan ke-50. Seperti MR D.I.Y., MR. TOY juga adalah salah satu cara kami memenuhi janji ‘Always Low Prices’ kepada lebih ramai rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Chin berkata, MR. TOY juga menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk membeli barangan secara dalam talian menerusi platform e-dagang miliknya.

“Setakat ini, jenama tersebut menawarkan pelbagai mainan berkualiti melibatkan sembilan kategori seperti kereta dan alat kawalan jauh, permainan dan kostum lakon watak; seni dan aktiviti; sukan dan permainan luar rumah serta aksi dan pengembaraan.

“MR. TOY juga menawarkan set dan blok binaan, pembelajaran, keseronokan dan permainan, peralatan parti serta bayi dan anak patung. Kesemuanya ditawarkan pada harga yang rendah,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai pembukaan cawangan baharu itu, Chin berkata, MR. TOY turut mengadakan acara pembukaan mega yang menarik dari 10 hingga 12 Disember lalu dengan diskaun sehingga 30 peratus untuk mainan terpilih di cawangan tersebut serta hadiah percuma dengan pembelian.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya “Shopping Spree” dan “Claw Machine”.

MR. TOY juga akan menganjurkan promosi seluruh negara dengan diskaun sehingga 30 peratus untuk rangkaian menarik yang merangkumi 50 produk di kesemua cawangannya di seluruh negara.

Bersempena perayaan Krismas, kesemua cawangan MR. TOY juga akan menawarkan perkhidmatan membalut hadiah tanpa had minimum pembelian. Terdapat juga acara ‘Santa Walkaround’ di cawangan-cawangan MR. TOY terpilih untuk memeriahkan lagi perayaan ini di mana kanak-kanak akan menerima belon percuma dari Santa Claus!