Rekod perkhidmatan adalah kempen saya: Kui Hian

Kui Hian berharap rekod perkhidmatannya selama lima tahun sebagai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah akan menjadi faktor kemenangan.- Foto Bernama
Kui Hian berharap rekod perkhidmatannya selama lima tahun sebagai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah akan menjadi faktor kemenangan.- Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berharap rekod perkhidmatannya selama lima tahun sebagai penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah akan menjadi faktor kemenangan beliau dalam mempertahankan kerusi DUN berkenaan pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) ini.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu berkata, pencapaian ini adalah mesej utama beliau kepada pengundi kawasan Batu Kawah.

“Kami konsisten dengan kempen kami sejak hari pertama, sebab itu rekod perkhidmatan saya sendiri adalah kempen saya.

“Bagi saya, ia umpama menduduki peperiksaan. Sekiranya anda tidak menelaah, atau mengulang kaji di saat-saat akhir baru nak muncul, itu tidak baik. Itu bukan saya, bukan cara saya berkhidmat kepada penduduk,” katanya kepada Bernama selepas melawat pusat pengundian awal di Ibu pejabat Pasukan Gerakan Am di Batu Kawa di sini pada Selasa.

Calon Gabungan Parti Sarawak itu akan mempertahankan kerusi DUN Batu Kawah dalam pertembungan empat penjuru yang menyaksikan beliau dicabar Fong Pau Teck daripada Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chai Kueh Khun daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Dr Kelvin Yii Lee Wuen daripada DAP.

Merujuk kepada proses undian awal hari ini Kui Hian berkata, ia berjalan lancar dengan pematuhan ketat kepada Prosedua Operasi Standard (SOP). - Bernama


Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: