Orang kanan bomba jadi graduan ASWARA

No Image Caption
A
A
A

Terima ijazah pada Istiadat Konvokesyen Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke-16

KUALA LUMPUR – Kerjaya sebagai seorang ketua Cawangan Penyiasatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Tuan Azalin Samdin, tidak menghalang beliau untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni muzik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Graduan Ijazah Sarjana Muda Seni Muzik dengan Kepujian (Komposisi dan Gubahan) ini telah memupuk minat dalam bidang seni muzik sejak daripada kecil di mana beliau sering terlibat di dalam pasukan pancaragam di sekolah menengah dan aktif melibatkan diri dalam Orkestra Simfoni Muda sebagai pemain alat muzik klarinet.

Dengan sokongan daripada Yang Amat Setia Dato’ Seri Teknologis, Muhammad Hamdan Haji Wahid, Ketua Pengarah JBPM dan Yang Setia Tuan Md Hilman Abdul Rashid, Pengarah JBPM Terengganu telah berjaya memupuk azam dan semangat beliau dalam menamatkan pelajaran dengan cemerlang.

ASWARA hari ini menyaksikan sambutan gilang gemilang dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat dan penuh istiadat bagi meraikan 547 graduan-graduan tahun 2020 dan 2021 yang telah berjaya menamatkanpengajian dalam pelbagai peringkat pengajian seni bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Istiadat Konvokesyen ASWARA Ke-16 telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Pengerusi ASWARA, YBhg. Datuk Wira Dr. Noor Zari Hamat dengan disaksikan oleh Rektor ASWARA, YBhg Prof. Ts. Dr. Ruslan Abdul Rahim, Ahli Lembaga Pengarah serta Ahli Lembaga Pengajian ASWARA.

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta syabas diucapkan kepada semua graduan yang diraikan. Semoga graduan ASWARA terus yakin mengorak langkah dan berjuang mengangkat darjat seni budaya Malaysia agar dikenali di persada dunia.

Artikel Berkaitan: