Warisan tidak bertanding di 222 kerusi Parlimen

Mohd Shafie ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2020 di Dewan Hakka, di Kota Kinabalu.
Mohd Shafie ketika hadir merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2020 di Dewan Hakka, di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Parti Warisan (Warisan) tidak akan bertanding di semua 222 kerusi Parlimen walaupun parti itu akan melebarkan sayap ke Semenanjung pada 17 Disember ini.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, dalam perlembagaan parti membolehkan Warisan untuk bertanding di semua kawasan namun Warisan bukan mahu mendapatkan kerusi sebaliknya bagi mewujudkan pakatan bersama parti lain.

"Ada yang lihat parti ini sebagai parti Sabah. Hakikatnya, kalau lihat perlembagaan parti ini boleh bertanding di kerusi 222. Ini perlembagaan parti dari awal lagi bila parti ini didaftarkan, maknanya parti ini boleh bertanding di mana-mana kawasan yang ada.

"Tidak (222 kerusi). Warisan sekarang ini tidak mahu semua kerusi. Kena ada pakatan kita. Cuma saya minta Syed Saddiq Abdul Rahman (Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia Muda) di Semenanjung, mantapkan orang muda, kena tonjolkan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Warisan 2020 di Dewan Hakka, di sini, pada Ahad.

Ahli Parlimen Semporna itu mengulas ucapannya sebelum itu bahawa ada yang mengatakan Warisan bukan parti nasional dan beliau bukan pemimpin bertaraf nasional.

Sebelum itu, dalam ucapan beliau mempersoalkan kenapa Warisan tidak boleh bertanding di Semenanjung sedangkan parti lain boleh bertanding di Sabah.

"(Orang berkata) Ini parti bukan nasional, Shafie bukan pemimpin nasional. Sejak bila saya bukan pemimpin nasional? Saya berkhidmat untuk negara ini selama lebih 30 tahun di Kuala Lumpur. Dalam UMNO saya Ahli Majlis Tertinggi, saya Naib Presiden UMNO.

"Bukan macam Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Parti Bersatu Sabah (PBS) bertanding di Pulau Pinang kalah sebab siapa yang kenal siapa yang tahu. Saya bertanding Naib Presiden UMNO tujuh negeri 100 peratus," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, bercakap mengenai kerjasama dengan Muda, beliau berkata, parti itu boleh menggunakan logo Warisan jika ia masih belum dapat didaftarkan.