Sterling lebarkan penguasaan Manchester City

Sterling (kiri) meraikan jaringan bersama pemain Manchester City ketika melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers di Etihad. -Foto: AFP
Sterling (kiri) meraikan jaringan bersama pemain Manchester City ketika melayan kunjungan Wolverhampton Wanderers di Etihad. -Foto: AFP
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City melebarkan jurang pendahulu apabila menang tipis 1-0 ke atas Wolverhampton Wanderers dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad.

Kemenangan ke-12 selepas mengharungi 16 perlawanan liga itu membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola itu meninggalkan pesaing terdekat Liverpool (34) dan Chelsea (33) yang kurang satu perlawanan dengan 38 mata.

Bagaimanapun anak buah Guardiola terpaksa menunggu babak kedua untuk merobek gawang The Wolves selepas pelawat beraksi 10 pemain setelah Raúl Jiménez mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan itu.

Gol dicari The Citizens akhirnya menjelma selepas Joao Moutinho menghalang hantaran lintang Jack Grealish menggunakan tangan sekali gus pengadil menghadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Raheem Sterling pada minit ke-66' untuk gol ke-100 liganya.

Artikel Berkaitan: