BN tawar bantuan jika diperlukan GPS

Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir
A
A
A

LUMUT - Barisan Nasional (BN) sedia menawarkan sebarang bantuan diperlukan Gabungan Parti Sarawak (GPS) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada 18 Disember ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, sebelum ini BN sudah menyatakan pendirian untuk tidak bertanding pada PRN tersebut sebagai menghormati GPS biarpun mereka tidak lagi bersama BN.

Menurutnya, dua minggu lalu, satu lawatan diketuai Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dibuat oleh BN ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bagi menyatakan hasrat itu dan memberi sokongan kepada GPS.

"Dalam pertemuan tersebut kita dapat adakan perbincangan dalam suasana yang baik dan penuh harmoni. Walau mereka tidak lagi berada dalam BN, tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain tetap kami pertahankan.

Zambry (kiri) beramah mesra dengan bekas anggota Pasukan Khas Laut (Pascal) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Persatuan Veteran Paskal di Lumut pada Sabtu.
Zambry (kiri) beramah mesra dengan bekas anggota Pasukan Khas Laut (Pascal) ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Persatuan Veteran Paskal di Lumut pada Sabtu.

"Kami (BN) sentiasa bersiap sedia untuk memberikan sebarang bantuan kepada pihak GPS. Tetapi melihat dari segi kapasiti dan kemampuan yang ada di pihak GPS sendiri, mereka mempunyai kemampuan yang mencukupi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Keempat Persatuan Veteran Pasukan Khas Laut (Paskal) di sini pada Sabtu.

Pada 4 Disember lalu, Mohamad mengumumkan bahawa BN tidak akan menyertai PRN Sarawak, sebaliknya akan memberi sokongan kepada GPS.

Menerusi pengumuman itu juga, Mohamad menyuarakan harapan angin kemenangan BN di Melaka akan bertiup kencang ke Laut Cina Selatan pada PRN Sarawak ke-12 yang dijadual 18 Disember ini.

Artikel Berkaitan: