Perlawanan EPL antara Spurs, Brighton ditangguh

Stadium Tottenham Hotspur laman rasmi Tottenham.
Stadium Tottenham Hotspur laman rasmi Tottenham.
A
A
A

PERLAWANAN Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Tottenham Hotspurs menentang Brighton minggu ini ditangguhkan selepas kelab London itu dipalit insiden penularan Covid-19 dalam pasukan.

Sebelum ini media melaporkan, lapan pemain Spurs dan lima staf diuji positif sehingga memaksa penjadualan semula aksi Liga Conference Europa berdepan Rennes awal pagi tadi.

Disebabkan perkara tersebut, pasukan Lilywhites itu memohon agar perlawanan di Stadium Amex ditangguhkan dan sudah mendapat kelulusan penganjur.

"Kami mengesahkan bahawa jadual aksi EPL di Brighton & Hove Albion, pada Ahad 12 Disember ditangguhkan selepas mesyuarat Majlis Liga Perdana.

"Majlis Liga Perdana membuat keputusan menangguhkan perlawanan selepas mendapat nasihat perubatan dengan kesihatan pemain dan staf menjadi keutamaan. Jadual akan disusun semula dalam tempoh terdekat.

"Kelab memohon perlawanan itu diatur semula berikutan pertambahan jumlah kes positif Covid-19 dalam kalangan pemain dan staf.

"Kami memohon maaf kepada semua pihak di Stade Rennais dan Brighton & Hove Albion serta penyokong atas masalah ini," katanya.

Artikel Berkaitan: