Malaysia gantung serta-merta operasi Boeing 737 MAX

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) menggantung semua penerbangan keluar masuk menggunakan Boeing 737 MAX 8 dari negara ini berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Ahmad Nizar Zolfakar berkata, penggantungan tersebut berkuat kuasa sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

"CAAM mengesahkan tiada mana-mana syarikat penerbangan Malaysia menggunakan pesawat Boeing 737 MAX 8 dalam operasi mereka," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan itu susulan daripada dua tragedi yang melibatkan pesawat jenis sama dalam tempoh kurang lima bulan.

Malaysia menyertai negara seperti Singapura, China, Indonesia dan Australia, yang telah menggantung operasi Boeing 737 MAX, ekoran tragedi pesawat Ethiopian Airlines 737 MAX terhempas ketika dalam penerbangan ke Nairobi dari Addis Ababa, yang mengorbankan kesemua 157 penumpang dan anak kapal pada Ahad lepas.

Sebelum itu, sejumlah 189 penumpang dan anak kapal maut apabila pesawat jenis sama milik Lion Air Indonesia terhempas pada Oktober tahun lepas. - Bernama

Artikel Berkaitan: