Allergi bimbang aksi Juventus

Kean menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada Khamis untuk muncul selaku juara Kumpulan H dan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara musim ini. - Foto Reuters
Kean menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada Khamis untuk muncul selaku juara Kumpulan H dan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara musim ini. - Foto Reuters
A
A
A

PENGENDALI Juventus, Massimiliano Allegri menyuarakan kebimbangan terhadap aksi dipersembahkan pemain, biarpun mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas Malmo pada Khamis untuk muncul selaku juara Kumpulan H dan mengesahkan slot ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara musim ini.

Menurut Allegri, kesebelasan pemain dilihat mempamerkan aksi di bawah tahap sebenar biarpun mampu untuk mencatatkan kemenangan lebih besar.

“Kita gembira kerana layak ke pusingan kalah mati selaku juara kumpulan, tetapi saya selaku jurulatih tetap tidak berpuas hati dengan persembahan pemain.

“Kita beraksi baik pada separuh masa pertama tetapi pada separuh masa kedua kita gagal mengekalkan momentum seperti di separuh masa pertama dan perkara ini cukup membimbangkan saya kerana ia melibatkan soal konsistensi pasukan.

“Oleh itu, persembahan seperti ini tidak boleh diulangi lagi sekiranya kita mahu melangkah lebih jauh dalam Liga Juara-Juara kali ini,” katanya.

Pada perlawanan berkenaan, Moise Kean menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-18 bagi mengesahkan kemenangan skuad The Old Lady itu.

Bagaimanapun, ia dilihat sudah mencukupi untuk Juventus mengesahkan slot ke pusingan kalah mati selaku juara Kumpulan H dengan merekodkan 15 mata setelah mengharungi enam perlawanan.

Sementara itu Allegri menegaskan, pihaknya sedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan pada pusingan kalah mati kelak.

Artikel Berkaitan:

Malah katanya, persiapan untuk mengharungi peringkat kalah mati itu telah pun dilakukannya sebelum ini dan diharap segala percaturan yang dibuat akan membantu kejayaan pasukan.

“Pasukan mana pun yang akan kita temui di pusingan kalah mati nanti, kami akan tetap bersedia sama ada ia adalah Bayern Munich, Chelsea, Real Madrid, Liverpool, Paris Saint-Germain atau Atletico Madrid.

“Yang penting, kami perlu bersedia dengan secukupnya dan tiba ke venue perlawanan dengan penuh bersemangat kerana sasaran kami adalah untuk mara ke suku akhir,” katanya.