Tingkat jaringan pengangkutan misi utama calon GPS Dun Pelawan

Michael meninjau keadaan jalan di kawasan Pelawan.
Michael meninjau keadaan jalan di kawasan Pelawan.
A
A
A

SIBU - Kemudahan jaringan pengangkutan menjadi misi utama calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Michael Tiang selain mentransformasikan Pelawan sebagai Pelawan Baharu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N54 Pelawan.

Bekas Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak itu berkata, kadar populasi Pelawan semakin meningkat tetapi infrastruktur jalan raya masih tidak dinaiktarafkan dan penduduk terpaksa menghadapi kesesakan lalu lintas.

“Rancangan saya ialah memperbesarkan jalan utama di Bandar Sibu dan membina jalan yang menghubungkan Pelawan Baru. Saya merancang untuk menukar Jalan Ding Lik Kong, Jalan Wawasan, Jalan Teku, Jalan Ulu Sungai Merah,dan Jalan Oya menjadi jalan berkembar sehala.

“Saya juga merancang menaiktaraf Jalan Deshon menjadi tiga laluan sehala serta pembinaan jalan baharu menghubungkan Jalan Pasai Siong, Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Oya dan saya yakin dengan meningkatkan jaringan pengangkutan ini akan memacu pembangunan di Pelawan Baru,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Michael percaya kelancaran sistem aliran trafik di Pelawan akan menarik orang ramai memilih Pelawan sebagai tempat tinggal.

Michael Tiang berhadapan persaingan lima penjuru di DUN N54 Pelawan di mana beliau akan ditentang oleh penyandang, David Wong daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Low Chong Nguan mewakili Parti Sarawak Bersatu (PSB), Jamie Tiew Yen Houng dari Parti Bumi Kenyalang (PBK), Janet Loh Wui Ping mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi).

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: