Barang kes bernilai RM50,000 dilupuskan

Barang kes melibatkan peralatan perjudian bernilai lebih RM50,000 dilupuskan oleh IPD Gerik. - Foto ihsan PDRM
Barang kes melibatkan peralatan perjudian bernilai lebih RM50,000 dilupuskan oleh IPD Gerik. - Foto ihsan PDRM
A
A
A

GERIK - Sebanyak 972 peralatan perjudian bernilai lebih RM50,000 membabitkan 26 kertas siasatan sepanjang tempoh lima tahun sejak 2011 dilupuskan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pelupusan itu melibatkan rampasan perjudian antaranya mesin perjudian, monitor, tetikus, modem wifi, papan kekunci, komputer riba, tablet dan perakam kamera litar tertutup (CCTV).

"Kesemua merupakan barang-barang kes Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik melibatkan kertas siasatan dari tahun 2011 hingga 2015.

"Kesemua barang kes ini mendapat arahan pelupusan daripada Timbalan Pendakwa Raya setelah kertas siasatan selesai perbicaraan dan suspek terlibat berjaya dituduh serta dijatuhi hukuman oleh mahkamah," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, barangan terbabit dilupuskan dengan cara dihancurkan dan ditanam di Tapak Pelupusan Majlis Daerah Lenggong di Selat Pagar, di sini.

"Pelupusan itu mengikut prosedur di bawah Seksyen 22 Akta Polis 1967 dan Seksyeb 407A Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Artikel Berkaitan: