Murid Tahun Lima cedera dirempuh kereta

Basikal yang dinaiki mangsa mengalami remuk dibahagian belakang akibat dirempuh kereta itu. (Gambar kecil: Hasan)
Basikal yang dinaiki mangsa mengalami remuk dibahagian belakang akibat dirempuh kereta itu. (Gambar kecil: Hasan)
A
A
A

MELAKA - Seorang murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Molek di sini, patah gigi dan luka di dagu selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Desa Molek di sini, pada petang Selasa.

Kejadian dipercayai berlaku jam 1.50 petang ketika murid berkenaan, Arissa Ajwa Mohd Ramedy sedang menunggang basikal untuk pulang ke rumahnya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, setiba di lokasi kejadian sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang datang dari arah kiri jalan tiba-tiba membelok ke kanan dan berlaku pelanggaran.

"Mangsa juga luka di badan dan dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka manakala pemandu kereta berusia 33 tahun tidak cedera dan polis mengambil keterangan daripada individu tersebut. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Rabu.

Artikel Berkaitan: