X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 18 Januari 2022

Ibu sebak anak tunggal mati di rumah pengasuh

Ahli keluarga membawa jenazah bayi perempuan berusia empat bulan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda di Jempol.
A
A

SEREMBAN- Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila mengetahui anak tunggalnya yang berusia empat bulan meninggal dunia selepas disedari berada dalam keadaan lemah di rumah pengasuhnya di sebuah taman di Senawang, di sini, pada Selasa.

Lilis Handayani Sukran, 24, memberitahu, dia bergegas ke kediaman pengasuhnya sebaik dimaklumkan anak perempuannya dalam keadaan lemah.

"Saya baru sebulan menghantar anak kepada pengasuh berkenaan," katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban, di sini, pada Rabu.

Bapa saudara mangsa, Nashrullah Mohd Non, 32, anak saudaranya itu merupakan cucu bongsu dalam keluarganya.

"Buat masa ini kami belum mendapat keputusan bedah siasat dan mungkin diketahui dalam masa terdekat.

"Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol, petang ini," katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada jam 4.40 petang semalam, ibu mangsa yang berada di tempat kerja menerima panggilan telefon daripada pengasuh memintanya datang segera ke kediamannya di Senawang di sini kerana bayi itu dalam keadaan sangat lemah dan wajahnya pucat.

"Ibunya mendapati keadaan wajah anaknya telah pucat dan tiada tindak balas apabila dia cuba mengejutkannya.

"Bayi itu kemudiannya dihantar ke HTJ Seremban untuk mendapatkan rawatan disahkan meninggal dunia 30 minit kemudian," katanya.

Katanya, punca kematian belum diketahui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan keputusan bedah siasat diperoleh.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!