X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

271 projek sambungan di Pahang di bawah RMK12

Wan Rosdy memaklumkan 271 projek sambungan di bawah RMK12 pada persidangan DUN Pahang pada Rabu.
A
A

KUANTAN - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM19.894 bilion bagi pelaksanaan 271 projek sambungan pembangunan di Pahang di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kesemua projek itu gagal disiapkan di bawah RMK11.

Beliau memberitahu, projek sambungan itu melibatkan Bentong (16), Bera (20), Cameron Highlands (11), Jerantut (26), Kuantan (48) dan Lipis (21)

"Sebanyak 10 projek di Maran, 46 di Pekan, 23 di Rompin dan Temerloh sebanyak 21 projek. Lain-lain daerah pula 13 projek yang nilai keseluruhan sebanyak RM19.894 bilion," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Chiong Yoke Kong (DAP- Tanah Rata) pada sesi soal jawab Mesyuarat kedua Penggal ke empat Dewan Negeri Pahang (DUN) Ke-14 di Wisma Sri Pahang pada Rabu.

Dalam persidangan itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan Pahang tidak mempunyai peluang untuk memantau projek pembangunan kerana ia di bawah seliaan kementerian dan kerajaan Persekutuan.

"Kita ada menjalankan mesyuarat dengan kerajaan Persekutuan sebanyak tiga hingga empat kali setahun yang dipengerusikan secara bersama.

"Jadi, kita akan cuba memberi cadangan supaya kerajaan Pahang juga boleh sama-sama memantau projek ini supaya dapat disiapkan seperti dijadualkan," ujarnya.

Wan Rosdy menjelaskan, banyak faktor lain yang menjadi punca kelewatan projek antaranya keadaan cuaca.

Bagaimanapun, pihaknya cuba meminimumkan berlakunya projek sambungan pada masa akan datang.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!