Calon tunggal Pas sedia aju masalah penduduk kepada menteri

Mohammad Arifiriazul
Mohammad Arifiriazul
A
A
A

SIBU - Calon tunggal Pas pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan menteri dan timbalan menteri di peringkat persekutuan khususnya daripada parti tersebut.

Beliau yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro berkata, segala masalah di kawasan berkenaan akan terus diajukan kepada wakil Pas dalam kerajaan.

“Sekiranya diberikan amanah oleh rakyat dan pengundi di Beting Maro, segala keperluan permasalahan di Beting Maro itu, saya akan ajukan terus kepada menteri dan timbalan menteri yang berkaitan khususnya portfolio kementerian yang dipegang oleh Pas seperti kebajikan, pertanian dan alam sekitar," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jelas Arifiriazul, Pas sememangnya mempunyai perancangan untuk pembangunan di Beting Maro dan akan mengumumkan dalam masa terdekat.

Pada 4 Disember lepas, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa parti itu akan meletakkan sorang calon pada PRN Sarawak

Keputusan meletakkan seorang calon itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk situasi terkini Covid-19 dalam negara.

Pada PRN kali ini, Mohammad Arifiriazul Paijo akan menentang penyandang kerusi DUN berkenaan, Razaili Ghapor daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS); Pemangku Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh; calon bebas Saifudin Matsah dan Jacky Chiew Su Chee mewakili Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Artikel Berkaitan: