PRN Sarawak: Awang Tengah dalam saingan tiga penjuru di Bukit Sari

Calon GPS bagi DUN Bukit Sari N82, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua dari kanan) menyerahkan kertas pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Lawas bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 hari ini. - Foto Bernama
Calon GPS bagi DUN Bukit Sari N82, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (dua dari kanan) menyerahkan kertas pencalonan di Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Lawas bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

LAWAS - Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berhadapan dengan calon dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) dalam saingan tiga penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari pada Pilihan Raya Negeri Sarawak kali ini.

Awang Tengah, yang merupakan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dicabar oleh Riyah Basrah dari PBK dan Alias Mail dari PSB.

Beliau merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Sari.

Senarai muktamad calon yang layak bertanding itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Bukit Sari Ladin Atok pada kira-kira jam 10.30 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) di bangunan Majlis Daerah Lawas, di sini pada Isnin.

"Sehingga selesai tempoh penghantaran borang pencalonan, hanya tiga calon menghantar borang mereka. Saya berpuas hati dan tiada borang yang ditolak," katanya ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN itu. - Bernama

Ikuti perkembangan semasa #PRNSarawak dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Artikel Berkaitan: