Terbeban hutang, Maps perlu dijual

Kor Ming (tengah) ketika sidang media bersama-sama Adun DAP mencadangkan agar Maps dijual secara tender terbuka.
Kor Ming (tengah) ketika sidang media bersama-sama Adun DAP mencadangkan agar Maps dijual secara tender terbuka.
A
A
A
IPOH - Kerajaan Perak dicadang menjual Taman Tema Animasi Studio (Maps) kepada pihak swasta.

Adun Aulong, Nga Kor Ming berkata, cadangan itu dibuat bertujuan mengurangkan beban hutang kerajaan memandangkan taman tema itu masih gagal membawa

keuntungan.

Menurutnya, jumlah kehadiran pelancong juga hanya 10 peratus daripada jumlah yang disasarkan.

"Memang kerajaan tak ada masa untuk menguruskan taman tema ini, jadi dengan rendah hati mengesyorkan supaya taman tema ini dijual dengan tender terbuka

."Jika tidak, dengan hutang yang banyak ini membebankan kerajaan dan menjejaskan usaha membantu rakyat," katanya pada sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Kor Ming berkata, cadangan itu dibuat sebagai langkah untuk mengurangkan kerugian kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, beliau turut mencadangkan agar semua tanah komersial dibangunkan secara tender terbuka bagi menambah sumber kewangan negeri.

Katanya, begitu juga dengan lombong-lombong dan kompartmen hutan supaya pemberian kawasan ini kepada syarikat-syarikat pengusaha dibuat secara tender terbuka.
Artikel Berkaitan: