Polis siasat kenyataan Guan Eng: KPN

Mohamad Fuzi Harun
Mohamad Fuzi Harun
A
A
A

NIBONG TEBAL- Polis telah membuka kertas siasatan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhubung kenyataannya mengenai kerjasama UMNO dan Pas yang didakwa berbaur hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun berkata, siasatan telah dilakukan sejak minggu lalu selepas polis menerima laporan pertama mengenai perkara berkenaan.

Menurutnya, sehingga kini polis menerima sebanyak 58 laporan berhubung kes itu dan ia sedang disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mengapikan golongan tertentu.

"Kita akan panggil beliau untuk ambil keterangan apabila tiba masanya.

"Burhubung dakwaan kita lambat ambil tindakan ia tidak tepat kerana kita terus membuka kertas siasatan sejurus menerima laporan pertama sebelum ini," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Guan Eng, tak guna ‘berperang’!!

Sebelum ini sebuah portal berita menerbitkan kenyataan Guan Eng bertajuk 'Kerjasama Pas-UMNO adalah pengisytiharan perang kepada bukan Melayu' sebelum diganti menjadi 'Lim beri amaran UMNO-Pas akan mensasarkan bukan Melayu' - sehingga menimbulkan kecaman pelbagai pihak termasuk pemimpin BN.

Menurut nota editor portal tersebut, Guan Eng yang juga merupakan Menteri Kewangan telah membetulkan kenyataan awalnya yang menggunakan perkataan 'perang terhadap bukan Melayu'.

Artikel Berkaitan: